"Cik Saa kawan baik along"
Ceritanya macam ni;
Sedang Along dan ibunya melayari youtube, tengok-tengok video ayah dia, kebetulan dalam satu video tuh ada saya sebagai pelakon tambahan.
"Eh, ayah pergi pejabat Cik Saa!"
"Aah."
"Ibu, ibu. Cik Saa tu kawan baik Along :) ."
Macam saya pulak tuan punya pejabat, padahal ayah dia punya kot. Saya tolong manage sahaja
Hnnss bangga bangga padahal takde buat apa-apa sangat pun untuk Along.
Cuma teman main sembunyi-sembunyi belakang peti ais, bawah meja makan, belakang langsir, belakang almari, dalam bilik saya pastuh pergi bilik sebelah melalui tandas!
Cuma bawa pergi picnic tepi pantai main pasir buat monumen penyu tengah bertelur siap buat telur penyu real punyer!
Cuma bawa pergi main playground, along turun gelongsor terowong dan saya sembunyi hujung terowong bila along dah sampai, sergah dia kuat-kuat dan dia terkejut badak dan gelak ala macam dalam cerita sekali lagi aku jadi shaheizy sam dia jadik mia,
Cuma pergi beli ais krim magnum dan makan sampai mulut comot pastuh gelak satu sama pastuh lap mulut along guna lengan baju ok over giler description!
Cuma main lawan-lawan dia boboiboy saya action kamen terbaikkkkk!
Cuma main pijak-pijak semut dalam Ipad 2 dan game angry bird bila dah menang terus high5 dan nyanyi lagu jong jong inai siap pegang tangan julang tinggi-tinggi dan Yaya lalu bawah tangan kami!
Cuma mandikan dia sampai bau wangi dan basuhkan berak itu pun sekali seminggu masa dia sleep over rumah saya~ :)
Cuma bukakkan plastik gula-gula untuk dia sebab dia suka kunyah gula-gula oh horror ah seminit dah habis kunyah gula-gula dan mintak lagi satu
Mungkin inilah apa yang budak-budak kecik faham tentang Kawan Baik ;')